PROFIL SEKOLAH

MAKLUMAT RINGKAS SEKOLAH
  • Nama Sekolah     : Sekolah Kebangsaan Poring Tuaran (SKPT) 
  • Kod Sekolah        : XBA4334  
  • Alamat Sekolah  : Sekolah Kebangsaan Poring,
                                       D/A: Pejabat Pendidikan Daerah, 
                                               Peti Surat 594, 
                                               89208 Tuaran, Sabah.

  •  JPN                   : Jabatan Pelajaran Negeri Sabah  
  • PPD                    : PPD Tuaran 
  • No. Tel                : - 
  • No. Fax               : -
  •  Sesi persekolahan  : Pagi
  •  Status                 : Sekolah Kurang Murid (SKM) 
  • Lokasi                 : Luar Bandar 
  • Jarak dari PPD : 140 KM  


SEJARAH SK PORING

  •         Sekolah Kebangasaan Poring Tuaran ditubuhkan pada tahun 1963
  •        Nama sekolah ini diambil daripada perkataan  ’Poring’ yang membawa maksud buluh kerana kawasan kampung ini mempunyai kawasan buluh yang banyak.
  •         Jarak diantara Pejabat Daerah Tuaran 140KM (melepasi 2 buah daerah- Kota  Kinabalu dan Penampang). 
  •          Pada tahun 1978 berlaku penghijrahan beramai-ramai ke kawasan lain diatas sebab kawasan yang didiami terpencil dan memaksa masyarakat Kampung Poring keluar mencari suasana kehidupan baru. 
  •           Kesannya, sekolah ini mempunyai murid yang sedikit.
 

SENARAI GURU BESAR SK PORING TUARAN




VISI, MISI & MOTO

VISI: 
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.
MISI: 
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
MOTO:
Bertekad Gemilang.








LOGO SEKOLAH
  • Sijil melambangkan kecemerlangan dalam pelajaran. 
  • Obor melambangkan kecemerlangan dalam Kokurikulum & sukan. 
  • Gunung melambangkan ketabahan. 
  • 4 buah buku melambangkan 4 matapelajaran teras (BM, BI, M3 & SN). 
  • Radas dan jangka lukis melambangkan sains dan teknologi. 
  • Warna merah melambangkan semangat membara. 
  • Warna kuning melambangkan kemuliaan.
  • Biru melambangkan impian.
  
 KEKUATAN SEKOLAH

  • Guru-guru yang berpengalaman dalam opsyen matapelajaran masing-masing.
  • Semangat hormat-menghormati di kalangan warga SKPT.
  • Penerapan Konsep SEJAGAT dalam budaya sekolah.
  • Persekitaran PdP yang kondusif dan berinovasi.
  • Hubungan yang mesra dan rapat dengan    komuniti setempat.
  • Keputusan akademik yang konsisten


LAGU SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Poring,

  Teguh megah berdiri,

  Pelajarnya berbilang bangsa,

  Dari kota dan desa,

  Pelajarnya berpekerti,

  Hidup aman dan damai,

  Rajin tekun berusaha mencapai cita-cita.



  Chorus:

  Marilah rakan semua,

  Teguhkan azam dan cita-cita,

  Tuntut ilmu agar tidak kecewa.



  Sekolah Kebangsaan Poring,

  Rumahku sekolahku,

  Melahirkan generasi pelajar yang gemilang,

  Pelajar yang gemilang.


(Hasil karya: Cikgu Daniel Ronsoi)

No comments:

Post a Comment